Hubungan dengan manusia Kura-kura katup Amerika

Status pemuliharaan

Terrapene coahuila dikelaskan sebagai spesies terancam. Taburan haiwan ini berkurangan sebanyak 40% hingga 360 km2 dalam masa 40–50 tahun ini. Populasi spesies ini berkurangan daripada sekitar 10,000" kepada "2,500" dalam tahun 2002 sahaja.[10] Spesies Terrapene carolina dikelaskan sebagai spesies terjejas, manakala Terrapene ornata pula diletakkan sebagai haiwan yang hampir terancam.[11][12]Bagi spesies Terrapene nelsoni data pengelasannya masih belum mencukupi.[13]

Anjing pengesan digunakan untuk mencari dan menjejaki kura-kura katup ini sebagai salah satu usaha dalam pemuliharaan.[14]

Haiwan peliharaan

Kebanyakan persatuan dan pembela kura-kura di Amerika mencadangkan supaya kura-kura katup diharamkan dari dibela oleh anak-anak kecil[15] khuatir ia memberikan tekanan kepada haiwan ini akibat disalahbela. Kura-kura katup biasanya mengalami tekanan jika dipindahkan ke tempat yang baharu dan mungkin boleh mengakibatkan kematian.

Kehadiran kucing dan anjing yang dibela bersama boleh mengakibatkan kecederaan pada kura-kura jika tidak dijaga dengan baik. Mereka memerlukan sangkar di luar rumah, pendedahan kepada cahaya matahari secara konsisten dan pemberian makanan yang pelbagai. Tanpa penjagaan yang rapi, tumbesarannya boleh terbantut seterusnya menjejaskan imun sistem haiwan ini.

Kajian di Texas menyatakan terdapat lebih 7,000 kura-kura katup yang ditangkap dari habitat liar mereka untuk dijual. Kajian yang sama di Louisiana mendedahkan hampir 30,000 kura-kura katup juga ditangkap untuk dipasarkan ke Eropah. Kebanyakan haiwan yang ditangkap ini dibela dalam keadaan teruk dan menyedihkan sehingga ada yang mati. Antaranya mengalami masalah malnutrisi, dehidrasi, dan jangkitan kuman.[16][17]

Beberapa negeri di Amerika seperti Indiana, Tennessee, melarang tangkapan haiwan ini dari habitat liar mereka, malah ada yang mewajibkan permit untuk disimpan. Sesetengah negeri juga melarang pembiakan haiwan ini kerana khuatir memberi kesan kepada populasi haiwan liar yang lain.[18] Oleh itu, bagi peminat aiwan ini, mereka disarankan agar mendapatkan haiwan daripada kedai-kedai haiwan yang diberikan permit.

Menangkap haiwan ini dari habitat liar mereka mungkin menjejaskan populasinya kerana kadar pembiakannya yang sangat rendah.[19]

Reptilia negeri

"The turtle watches undisturbed as countless generations of faster 'hares' run by to quick oblivion, and is thus a model of patience for mankind, and a symbol of our State’s unrelenting pursuit of great and lofty goals." "Kura-kura tidak pernah terganggu disebabkan lajunya 'arnab' yang akhirnya leka, menjadi simbol kesungguhan dan kesabaran dalam diri manusia bersesuaian dengan matlamat Negeri demi mengejar cita-cita yang hebat dan berterusan"

Jabatan Setiausaha Negeri Carolina Utara[20]

Kura-kura katup ini menjadi Reptilia Rasmi bagi empat negeri di Amerika Syarikat. Carolina Utara dan Tennessee menjadikan Kura-kura Katup Timur sebagai reptilia rasmi mereka.[21][22][23] Manakala Missouri memilih Kura-kura Katup Jari Tiga.[24] Kansas pula mengiktiraf Kura-kura Katup Ornata sebagai reptilia rasmi mereka.[25][26]

Di Pennsylvania, Kura-kura katup Timur hanya berjaya disenaraikan ke dalam perundangan, namun gagal pada peringkat akhir penamaan pada tahun 2009.[27] Di Virginia pula, Kura-kura Katup Timur gagal dicalonkan pada tahun 1999 dan 2009. Antara kegagalan pencalonan adalah disebabkan oleh sifat kura-kura katup tersebut yang dianggap "penakut" apabila memasukkan kesemua anggota badannya ke dalam cangkerang apabila diganggu, dan mereka khuatir pemilihan tersebut hanya seperti meniru Utara Carolina yang telah pun memilih haiwan tersebut sebagai reptilia rasmi mereka dahulu.[28][29]

Rujukan

WikiPedia: Kura-kura katup Amerika http://www.boxturtles.com/ http://greenanswers.com/blog/254326/service-dogs-f... http://law.justia.com/kansas/codes/2009/chapter73/... http://www.nbcwashington.com/news/local/Virginia-H... http://www.in.gov/dnr/fishwild/3326.htm http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... http://www.sos.mo.gov/symbols/symbols.asp?symbol=r... http://www.boxturtlesite.info/ http://nlbif.eti.uva.nl/bis/turtles.php?selected=b... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta...